JOM KLIK-KLIK

CintA mushrooM SAyE

Jumaat, 20 Disember 2013

KIsah Puteri Yang Malang

Seorang puteri
Rupanya tidak jelita
Bukan juga berharta
Lahir insan biasa
Namun punya jiwa
Yang sangat setia

Pada suatu ketika
Puteri jatuh cinta
Pada sang putera
Baik rupa parasnya
Juga budi bahasa
Berkawanlah mereka

Masa berganti masa
Puteri meningkat dewasa
Hubungan tidak sekata
Tiada gelak ketawa
Puteri hilang punca
Tangisan pengubat duka

Putera berdiam durja
Tutur kata beradu sahaja
Puteri tenggelam punca
Menanti masa dah tiba
Perpisahan penghujung cerita

Sabarlah wahai puteri
Hidup ini untuk dinikmati
Hati yang luka perlu diubati
Bawalah diri pergi menyendiri
Kelak tiada hancur terperi

Buat putera yang disayangi
Berbahagia dikau insan menanti
Kelak suatu masa jangan dicari
Hati yang luka tiada penganti
Janganlah pisang berbuah dua kali
Badan binasa neraka merapati

*Tiada apa yg lebih mengembirakan melainkan melihat insan yang kita sayang bahagia dengan pilihannya...Semoga Allah memberkati kehidupanmu :)